masteramuk
1 supporter
Salam Eid Fitri 2020 - Raya Zaman COVID- ...

Salam Eid Fitri 2020 - Raya Zaman COVID-19

May 24, 2020

Salam Eid Fitri buat ahli keluarga, teman-teman, rakan seperjuangan, guru-guru dan seluruh umat islam semua. Bagaimana dengan raya kalian semua? Buat diri ini dan keluarga, tahun ini merupakan tahun yang paling simple @ ringkas. Selalunya, setiap tahun, 3 bulan sebelum raya, aku dan isteri dah buat perancangan tarikh untuk bercuti, bila dan apa nak buat, mana nak duduk (hotel mana nak tempah), dan dah shopping baju raya. Tahun ini, semua tu tiada. Bukan sahaja sebab COVID-19, tapi juga dek kerana kekangan kewangan ketika ini.

Apa yang mampu dibuat hanyalah rendang daging. Itu pun last minute rancang. Pagi 30 ramadhan baru aku decide nak buat dan pukul 10 pagi baru nak cari bahan. Alhamdulillah, dapat juga buat rendang daging basah. Dengan bantuan anak lelaki yang tolong cuci dan kacau, serta anak perempuan yang bantu dalam penyediaan bahan, rendang daging berjaya dibuat selepas isyak dansiap2 jam lebih selepas itu. Pakai slow cooking sebab nakpastikan daging empuk, rasa rendang meresap dalam daging.. dan memastikan ada rasa disebalik hentam keromo dalam proses penyediaan dan masak :). Alhamdulillah, percubaan pertama membuahkan hasil bila mak mertua dan keluarga mertua kata OK, pass .. hehehe.

Sebelum ni, 2 tahun berturut aku buat daging dendeng di kampung. Dan dua tahun itu juga menjadi lauk pilihan tetamu yang datang ke rumah mak aku dan lauk pertama habis. Tahun ni, aku tak dapat buat sebab berada jauh di perantauan :(

Image may contain: food

Selain itu, isteriku ada tempah beberapa balang kuih dari pengasuh anakku. Ada la dalam 5 balang je. Dan beberapa rakan memberi kuih juga. So, ada lah beberapa balang tambahan buat kudapan ketika bosan tak tahu nak makan apa :)

Image may contain: foodImage may contain: foodImage may contain: food

Ketupat pulut tiada sebab orang lembah klang gemar ketupat nasi dan mertua aku memang sediakan ketupat nasi banyak. Makanya aku beli aja lemang 3 batang. Lemang Zakry, lemang paling sedap di Bandar Tasik Puteri. Sentiasa berlemak dan lembut. Tempat lain aku cuba, sama ada kurang santan, keras, hangit atau terlalu lembik. Order pukul 2 petang, dekat pukul 11.30 malam baru dapat bro. Itu pun masa aku pergi ambik, masa ada yang datang nak beli bersusun.

Image may contain: food

Solat Eid-fitri kami simple sahaja. Hanya kami sekeluarga yang memang dah duduk sini sahaja tanpa jemputan mana2. Diimamkan oleh abang ipar yang juga membaca khutbah dan diakhiri dengan tahlil ringkas hadiah buat keluarga yang telah tiada. Selepas menjamah juadahraya, aku dan anak2 sambung dengan berehat dan main game aje. Nasib baik brother technician TM datang hari jumaat petang tu. Kalau tak, mau mati kutu kami semua memikirkan apa nak buat di hari raya ini kerana tidak berani ziarah walaupun boleh dengan syarat yan perlu dipenuhi kerana mengelak dari risiko COVID-19.

Itu je catatan raya aku dan keluarga. :)

Image may contain: text

Semoga Allah terima ibadah kita semua dan diberikan ganjaran berlipat ganda, diampunkan dosa dan diberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam mengerjakan ibadah pasca ramadhan 1441H.

Maaf rumah tutup tapi pada yang berkeinginan, boleh belajar saya kopi https://www.buymeacoffee.com/masteramuk

Enjoy this post?

Buy masteramuk a coffee

More from masteramuk