sofieadie
3 supporters
Salam Maal Hijrah 1443

Salam Maal Hijrah 1443

Aug 10, 2021

Hijrah Itu Pengorbanan

Hijrah Itu Perjuangan

Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan

Ketika saya masih kecil, lagu inilah yang selalu dilaung kala tahun baru Hijrah menjelma. Seronok sangat ketika itu. Menjerit sesuka hati terabur lirik pun tiada siapa kisah. Apa yang kita faham pada waktu itu, tahun baru Islam adalah tahun paling bersejarah.

Sekarang dua dekad sudah berlalu, saya masih lagi belum mencapai impian yang pernah diangan. Ada mungkin ada, tapi tiada apa yang boleh dibangga. Terlalu kecil untuk dicerita.

Tahun yang sudah, saya terlibat dengan kemalangan. Enam bulan lamanya saya tidak melakukan apa-apa aktiviti yang menyihatkan. Terperuk, tiada motivasi bahkan terdetik untuk putus asa pada kehidupan.

Tetapi, sekarang saya masih di sini. Menulis, berblogging, menerbitkan podcast dan bakal melancarkan buku tahun hadapan (InsyaAllah).

Dengan munculnya tahun baru Hijrah ini, ia menjadi satu pemangkin untuk terus setia dan pegang pada impian. Saya suka dengan satu kata-kata daripada Josh Billings;

Be like a postage stamp. Stick to one thing until you get there.

Walaupun hidup taburkan kita dengan pelbagai cabaran, itu bukan pengakhiran.

Jadi, setinggi mana pun impian kita, tetap dan yakinlah ia boleh digapai selagi mana kita mempunyai tekad untuk mencapainya.

Setiap hari adalah kehidupan baru dan tahun baru hanya satu daripada hari-hari baru yang kita perlu tempuhi.

Salam Maal Hijrah dari saya, Alien Oren.

Enjoy this post?

Buy sofieadie a book