Saya terdedah lewat dengan karya-karya Shakespeare, dalam erti kata selepas menceburi teater baru saya mula merajinkan diri baca beberapa play beliau dan pergi menonton teater lokal yang terkait dengan nama Shakespeare (selain produksi online yang ditayangkan sewaktu pandemik itu hari). Yang bawa maksud, sewaktu sekolah saya tak ada pendedahan langsung (selain apa yang sudah terserap ke budaya popular).

Sebelum Bangsawan Gemala Malam ini saya sudah terjemah dan direct Hamlet Fansuri iaitu adaptasi naskah Hamlet ke dunia nusantara dengan selingan puisi Hamzah Fansuri di dalamnya (kedua-dua orang ini hidup sezaman, tapi di tempat berbeza). Dalam kes ini, selaku pengarah saya ada potong dan ubah sekuens adegan untuk kasi ia lebih mengalir seperti membuang kemunculan watak Rosencrantz dan Guildenstern antaranya. Adegan dipotong sebab ia jadi tak seimbang bila ditambah sesi buka panggung yang diberi nama Ophelia Maldoror.

Segmen buka panggung ini merupakan alam selepas mati dan memori Ophelia yang diterjemah dan diolah daripada puisi Comte de Lautréamont. Ia segmen yang dark dan ganas bagi suara wanita yang tertindas di dalam play asal.

Saya sedar bahawa sewaktu di zaman Shakespeare setiap watak perempuan dimainkan oleh laki-laki. Ophelia dimainkan oleh lelaki. Di dalam Bangsawan Gemala Malam kita gelak bila watak Thisbe dimainkan oleh lelaki, tetapi sewaktu di zaman Shakespeare dulu, yang main watak Hermia, Helena, Hippolyta dan Titania semua lelaki. Ia ada vibe yang berbeza, dan oleh kerana situasi hari ini semua orang boleh perform dalam teater, maka sebab itu saya ubah Hamlet saya agar ada suara lebih buat Ophelia sebab ia antara watak yang paling kompleks dalam Hamlet tapi tak bersuara.

Pendek kata saya gunakan lesen kreatif dengan mengubah bentuk naskah asal kepada sesuatu yang lebih dekat dengan diri saya. Tapi ini berbeza dengan Bangsawan Gemala Malam di mana saya ambil keputusan untuk tak olah apa-apa sangat. Kalau ada tukar pun ia di dalam baris ayat secara halus, dan bukan form-nya.

Sewaktu mula-mula dapat projek ini, saya ada terfikir untuk bikin ia ada error atas error. Yang bawa maksud watak Puck/Kelembai ini akan tersilap bubuh madu sakti. Misal kata sepatutnya Lisander, tapi dia terbubuh ke Hermia, dan lalu Helena atau Lisander yang jadi orang pertama dilihat Hermia. Ia akan jadi jenaka dalaman buat mereka yang familiar dengan A Midsummer Night’s Dream. Cuma masalahnya saya tak familiar dengan play ini untuk bertindak sebegitu rupa, malah Bangsawan Gemala Malam merupakan pengalaman teater berasaskan A Midsummer Night‘s Dream pertama yang saya tonton.

Dengan konteks ini, saya cuba ikut form asal Shakespeare ini. Meski untuk cakap ‘ikut’ ia sesuatu yang komplikated. Bahasa umpama makhluk hidup dengan sejarah dan keindahannya yang tersendiri. Bahasa Inggeris stress-timed tapi bahasa Melayu syllable-timed misalnya. Untuk terjemah adalah untuk transpose.

Saya juga guna istilah form dan bukan plot, sebab plot boleh dipinjam-pinjam. Shakepeare pun ambil plot dari orang atau cerita terdahulu, cuma dia sesuaikan ke dalam konteks budaya dengan penguasaan bahasanya. Macbeth dan Oresteia plot lebih kurang sama, tapi dengan bahasa yang berbeza. Medea cerita rakyat, tapi Euripides ambil dan olah ikut sensibiliti-nya.

Form tak boleh terpisah dari bahasa. Dan melalui form juga, saya percaya kita boleh dapat internal rhythm sesuatu karya itu. Dari rentak yang tersembunyi ini dapat saya terjemahkan ia ke dalam bahasa saya yang lebih berasaskan prosa. Saya tak rasa ia perlu berima, sebab dalam bahasa Melayu kalau nak main rima, ia kena betul-betul jadi. Kalau tak jadi ia akan jadi mengada-ngada.

Form yang saya maksudkan overall layout naskah, yang mana kalau sesuatu perkataan disebut misalnya ‘anjing‘ atau ’bulan’, ia akan muncul di beberapa tempat lain. Ia macam kabel mesin sintesis yang bertaut dari satu adegan ke satu adegan. Saya perlu aware dengan rangkaian permainan kata-kata yang berselerak tapi teratur ini, dan dari situ saya akan buat pilihan sejauh mana saya mahu tawarkan intepretasi saya.

DEMETRIUS
I love thee not; therefore pursue me not.
Where is Lysander and fair Hermia?
The one I’ll stay; the other stayeth me.
Thou told’st me they were stol’n unto this wood,
And here am I, and wood within this wood
Because I cannot meet my Hermia.
Hence, get thee gone, and follow me no more.

HELENA
You draw me, you hard-hearted adamant!
But yet you draw not iron, for my heart Is true as steel.
Leave you your power to draw,
And I shall have no power to follow you.

DEMETRIUS
Do I entice you? Do I speak you fair?
Or rather do I not in plainest truth
Tell you I do not, nor I cannot love you?

DEMETRIUS
Lihat, aku tak sukakan kau, jadi jangan ikut aku lagi. Di manakah Lisander dan Hermia? Kau cakap mereka ke hutan ni. Dan di sini aku, tak menemui kekasihku Hermia. Pergi, berambus dari sini, dan berhenti ikut aku.

HELENA
You yang tarik diri I, magnet kejam! Berhenti guna daya tarikanmu dan I akan berhenti ikut you.

DEMETRIUS
Ada aku suruh kau ikut aku? Bukan ke aku dah cakap baik-baik? Aku tak mencintai diri kau?

Untuk intepret adalah untuk impose power.

Dalam contoh di bawah watak Helena menyamakan situasi martabat dirinya umpama anjing peliharaan Demetrius. Bahagian ini nak push betapa submisif dan terpaksanya Helena, dan saya rasa ia okay kalau yang main watak ni lelaki macam zaman Shakespeare dulu. Tapi dalam konteks Bangsawan Gemala Malam, saya ubah penggunaan kata ‘anjing’ kepada ‘kucing’. Saya rasa Helena dah cukup merendahkan martabatnya di dalam adegan yang lebih awal: Untuk menyukai seseorang yang tak menyukainya.

HELENA
And even for that do I love you the more.
I am your spaniel, and, Demetrius,
The more you beat me I will fawn on you.
Use me but as your spaniel: spurn me, strike me,
Neglect me, lose me; only give me leave
(Unworthy as I am) to follow you.
What worser place can I beg in your love
(And yet a place of high respect with me)
Than to be usèd as you use your dog?

HELENA
Ya, tapi itu buat I lagi sayangkan you. You kucing peliharaan I, Demetrius. Bila I usap you, you cakar, gigit dan tendang tangan I yang beri you makan, sampai luka-luka. Apa yang lebih teruk dari dilayan seperti hamba, tetapi masih aku berbangga untuk jadi hamba you.

Sewaktu memilih nama untuk rude mechanicals, saya nak pastikan yang Nick Bottom ni lain sikit daripada yang lain. Nama ikut hari ini mungkin bagi sesetengah orang cuma jenaka, tapi nama-nama berasaskan hari ini betul-betul wujud dari Khamis hingga ke Selasa. Ada orang nama Khamis, ada orang nama Sabtu, ada orang nama Ahad, ada orang nama Isnin dan ada orang nama Selasa. Oleh sebab rude mechanicals ini ada enam orang, satu hari saya tak pilih iaitu Jumaat (Jumaat pun ada nama orang dalam dunia sebenar, dan dalam kes play ini, saya bayangkan dia wujud tapi di kedai kopi atau pelabuhan atau sesuatu.)

Jarang untuk ada orang nama Rabu. Saya speculate ia bukan dari bahasa Arab macam nama hari lain. Hari Rabu dalam bahasa Arab jauh bunyinya dengan Rabu (berbanding hari-hari lain). Rabu dalam bahasa Melayu bermaksud paru-paru. Kembang rabu = keseronokan dan kegembiraan.

BOTTOM

A very good piece of work, I assure you, and a
merry. Now, good Peter Quince, call forth your
actors by the scroll. Masters, spread yourselves.

RABU
Karya yang bagus, aku percaya, dan juga lucu. Sekarang, Isnin, sebut nama-nama pelakon yang dah tertulis. Aktor-aktor, rapatkan saf.

Ia hanya selepas saya tonton dua persembahan baru saya dapati antara kata-kata yang paling waras dan rasional dalam seluruh play ini, diucap sewaktu Rabu menjadi keldai.

Sewaktu ayat ‘Aktor-aktor, rapatkan saf’ diucapkan saya nampak dua kelompok audiens. Yang gelak dan yang tak gelak. Yang gelak saya pasti kerana mereka faham bahasa Melayu. Tiada apa yang kelakar dengan ayat ini, cuma ia bikin orang geli hati sebab ia diucapkan di situasi yang barangkali mereka tak jangka. Buat mereka yang tak faham bahasa Melayu pula, sukar untuk mereka tangkap kenapa ia kelakar. Apa yang lawaknya untuk mereka beratur dalam satu barisan? Kata-kata bukan hanya apa yang tampak, tapi yang terselindung dan halimunan juga beri kesan. Susah untuk kita jelaskan apa yang lucunya dengan ayat 'rapatkan saf' ini buat mereka yang tak faham bahasa Melayu. Kelucuan bila dijelaskan, hilang lucunya.


Ridhwan Saidi