‘Jatuh Sakit, Jatuh Cinta: Two Types of Falling’ di DPAC merupakan live theatre performance yang dibikin selepas hampir 2 tahun. Kali terakhir saya bikin teater merupakan ‘Teater Normcore: Masam Manis‘ di KongsiKL pada bulan Mac 2020. Sebelum itu ia banyak ambil bentuk filem dan video.

Walaupun saya rasa format yang saya gunakan sepanjang pandemik lebih kurang sama, iaitu apa yang dipanggil ‘devising’ (jika di Singapura ia sudah outdated, dan di Malaysia ia ada konotasi negatif di mana karya-karya yang terhasil selalunya tak masak dan main lepas tangan, kerana tiada satu sosok yang mahu ambil tanggungjawab selepas sesuatu karya yang hancur dipersembahkan. Ia ibarat jenayah yang dilakukan secara majoriti, dan lalu dilupakan—amnesia berjemaah), saya dapati ia lebih intens dalam bentuk teater berbanding filem atau video. Mungkin saya turut berada di dalam ruang yang sama bersama audiens untuk mengalaminya. Untuk lihat dan dengar sesuatu yang hidup di depan mata dan telinga kita.

Saya ambil serius dengan perkataan ‘devising’ ini sepertimana saya ambil serius dengan perkataan ‘cinta’. Ia cenderung disalaherti dan disalahguna, dan di-simplified ke takah dungu oleh budaya popular dan kefahaman umum, tapi tak bermakna saya tak patut menceburkan diri ke dalam kancah yang penuh pancaroba ini. “Aku tak minat benda cintan-cintun ni,” kata seseorang. Bagi saya angau atau mabuk asmara masih suatu perasaan yang profound jika ditekuni dan digarap dengan betul.

Empat elemen yang bergerak selari dalam karya 20 minit ini merupakan lakonan/monolog dan kata-kata oleh Roshafiq Roslee sebagai ‘Rahim Mustafa’ (nama yang kita beri sebagai suatu karakter fiksyen), gerakan tubuh dan aksi fizikal oleh Lim Paik Yin, rekaan bunyi secara langsung oleh Nurul Aizam dan projection teks/video non-fiksyen oleh saya.

Macam struktur muzik, sebagai director saya suka compose alunan empat elemen ini untuk ada pasang surutnya. Ibarat kugiran muzik, Roshafiq bertindak sebagai frontman (yang secara literal mendapat spotlight), tapi kita tak boleh nafikan kepentingan rentak drum (jatuh tubuh Paik Yin), bass (bunyi mesin sintesis dan field recording Aizam) serta gitar (pancaran video dan teks karangan saya) terhadap penghasilan muzik yang berpadu untuk sampaikan suatu perasaan yang diingini. Meski ini cuma analogi, ideanya adalah untuk elak dari diri masing-masing melakukan monolog berasingan dengan segmen terpecah-pecah (seperti kebanyakan devise/experimental play yang saya tonton di negara ini).

Dua maklumbalas yang saya terima dari pementasan ini merupakan rasa tersentuh, dan penggunaan pentas yang berlapis. Kedua-duanya menarik pada saya sebab sewaktu menggarap ia tak difikirkan sangat. Saya tahu karya seni yang baik akan buat orang rasa tersentuh, dan dengan kesedaran ini biasanya saya tak nak letak harapan yang tinggi. Buat piece ini saya sekadar berharap ada orang akan rasa ia sedikit lucu di awal separuh masa pertama (yang lebih presentation-mode dan rasional), sebelum ia menjurus ke emosi yang lebih peribadi dengan nostagia dalam perhubungan. Jika ada yang tersentuh saya bersyukur, jika tak pun tak apa.

Pentas yang berlapis ini kerap dikomen sepanjang saya bikin teater dan tak sangka ia masih ada. Saya fikir ia menjadi ketara mungkin sebab play/piece lain kurang lapisan pentas (jika ada ia terlalu literal?) lalu membuatkan kerja-kerja pentas saya lebih ketara depth of field-nya. Bila difikirkan sekarang, mungkin dengan asas fotografi ia buat audiens perlu shift perspektif mata (dengan aperture besar, dengan bokeh) untuk lihat elemen-elemen yang ada di atas pentas. Dalam rakaman video kita boleh nampak semua lapis, tapi mata audiens ketika ia sedang berlangsung perlu pilih elemen yang mau difokus—meski tubuh audiens duduk pasif, tapi mata perlu aktif.

Ini pengalaman dewan proscenium konvensional pertama saya.

Dua quote di awal pementasan oleh bell hooks dan Maya Angelou, saya ambil inspirasi daripada hujung filem Do The Right Thing oleh Spike Lee (yang menemukan quote Martin Luther King Jr. dan Malcom X). Awalnya saya cuma bubuh quote bell hooks, dan saya dapati ia menjadi suatu statement, dan apa yang berlaku di atas pentas akan menjurus ke perbuatan abuse itu (kita rasa sedih dengan watak Paik Yin). Lalu saya fikir kita perlu ada dua quote dengan essense yang berlawanan dan contradict (sebab cinta memang kompleks!), dan di sini datang quote Maya Angelou tentang cinta. Saya puas hati dengan tindakan tambah quote ini sebab ia bikin graviti dalam piece ini kembali tak stabil sepertimana Cinta boleh buat orang tak stabil.

–Ridhwan