Affan
1 supporter
Starting a Petition - Doktor Hak Marhaen

Starting a Petition - Doktor Hak Marhaen

Jul 15, 2022

I am starting a campaign on digital media and social media to fight for universal access to healthcare services for all Malaysians. I am also fighting for placements for contract doctors to be placed in GLCs as in-house doctors as well as doctors in hospitals owned by these GLCs whether Federal GLCs or State GLCs.

Maka kami, marhaen.my, menuntut bahawasanya: Doktor Hak Marhaen.

 

Objektif: Melahirkan sistem kesihatan awam kelas pertama, berkelas dunia, yang mampu diakses dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Malaysia kekurangan doktor pakar.

Boleh baca lebih lanjut di Sinar.

Asas Kenapa Doktor adalah Hak Marhaen

1. Benda paling asas yang diperlukan oleh manusia setelah makanan, pakaian, dan perumahan adalah kesihatan. Malah tanpa rumah sendiri, kalau menyewa sekalipun masih boleh bertahan tetapi akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti pada bila bila masa, di mana mana, adalah hak setiap manusia dan rakyat marhaen.

2. Dengan ini kami menuntut kerajaan melaksanakan transformasi sistem kesihatan bersepadu. Langkah pertama, mengembleng sumber kerajaan pusat dan negeri untuk menubuhkan hospital separa swasta di mana rakyat yang mampu, boleh membayar separuh atau sebahagian untuk rawatan dan ubat ubatan. Penggunaan dana GLC dan Badan Berkanun sangat optimum dan sesuai untuk tujuan ini. Selain itu, langkah ini bertujuan memberikan peluang pekerjaan tetap dengan caruman KWSP kepada doktor kontrak kerajaan.

Huraian Kenapa 'Doktor Hak Marhaen'

1. Langkah kerajaan melepaskan ikatan kontrak JPA untuk doktor kerajaan adalah tepat tetapi haruslah bersyarat iaitu dengan mewajibkan mereka berkhidmat dengan syarikat hospital milik kerajaan pusat yang akan ditubuhkan menurut perkara 2 di atas. Hal ini kerana kekurangan doktor pakar sedia ada di hospital kerajaan di Malaysia membantutkan proses memberikan perkhidmatan terbaik dan optimum kepada rakyat khasnya dari segi waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan. Selain itu kos untuk seorang doktor yang dibiayai pengajiannya di UK/Ireland boleh mencecah lebih RM1 juta untuk setiap pelajar tajaan JPA. Ini adalah pelaburan duit cukai rakyat.

2. Dengan pengenalan i-Lindung melalui KWSP, rakyat boleh mendapatkan pelan takaful yang baik dan murah kerana melalui saluran atas talian dan digital boleh mendapatkan sekuriti sosial. Hal ini bermakna isu wang rakyat sendiri yang harus digunakan untuk membayar kos rawatan di hospital separa swasta di atas tidak berbangkit. Tambahan pula, dijangkakan 300,000 orang pada akhir 2022 akan melanggan takaful melalui i-Lindung.

 

PENEGASAN: Kami marhaen.my menegaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkelas dunia adalah adalah utiliti awam. Jika anda ingin menyumbang kepada Tabung Pertubuhan Mesra Marhaen, sila layari marhaen.my atau klik link ini

Enjoy this post?

Buy Affan a book

More from Affan