Bagaimana hendak memulakan perjalanan an ...

Bagaimana hendak memulakan perjalanan anda sebagai Programmer?

Jun 22, 2021

Akhir akhir ini kita tahu satu dunia telah dilanda wabak covid 19 yang sangat dashyat. Bala tentera kecil yang telah meragut banyak nyawa manusia dan sekali gus meruntuhkan ekonomi di seluruh negara termasuklah di Malaysia.

Sehubungan dengan ini, kita lihat terdapat banyak sektor ekonomi dalam Malaysia terpaksa dihentikan untuk mengelakkan rantaian covid ini semakin menular. Ramai antara kita telah diberhentikan kerja dan hal ini sangat merunsingkan kita kerana kita perlu bekerja untuk menampung hidup dan segala komitment yang ada.

Masa tidak akan berundur, jadi kita perlu mengorak langkah untuk mengatasi cabaran ini. Jika anda lihat, telah banyak peluang pekerjaan sektor IT Software atau Web development dibuka dalam negara kita ini. Bagi graduan IT, ya sudah menjadi luck kepada anda semua kerana anda telah mempunyai ilmu asas untuk anda bekerja dalam industri IT ini.

Tapi bagi mereka graduan yang lain pula bagaimana? Adakah anda cuma berdiam diri dan hanya menunggu kes Covid ini reda baru anda rasa anda boleh kembali kerja? Sukar di ramal bukan? Jadi sehubungan dengan itu, posting kali ini aku tulis khas untuk mereka yang tiada asas IT terutamanya programming untuk memulakan langkah awal dalam mempelajari ilmu baharu ini.

Programming Bukan Lah Semudah Khursus Kahwin

Ya betul, programming ini bukan lah satu khursus yang anda boleh ambil dalam masa satu hari saja. Ianya memerlukan masa untuk anda faham asas programming itu bagaimana. Jadi anda perlu keep it slow and steady, no rush gais.

Zaman sekarang ni, dah banyak online courses yang kita boleh ambil sama ada course berbayar atau yang percuma. Untuk anda yang baru mula untuk mengenali dunia IT, aku boleh sarankan untuk kamu semua belajar programming di https://www.codecademy.com/

Di codeacedemy.com, kamu semua boleh memulakan pembelajaran asas programming ini; mengapa perlukan programming, bagaimana kita boleh memahami programming dan sebagainya. Untuk course yang anda semua boleh enroll di dalam ini adalah percuma, jadi ambil inesiatif anda untuk memulakan pembelajaran di sini.

Majukan Langkah Seterusnya Dengan Membina Simple Pet Project

Setelah anda semua telah mempelajari asas asas programming, anda boleh pula mengikuti tutorial tutorial untuk membina projek pertama programming anda. Projek pertama anda tidak perlu terlampau sukar, cukup hanya dengan programming yang mudah.

"Emm tapi apa programming language saya patut guna untuk memulakan projek pertama?"

Yes, soalan ini sangat biasa untuk newbie programmer bertanya. Anda semua boleh memilih programming language mengikut apa objektif projek yang anda tetapkan. Sebagai contoh, anda ingin membina sistem ringkas "To Do List" dalam platform website, anda boleh fokus kepada programming language seperti PHP. Ia nya bergantung pada apa objektif dan hala tuju projek anda. Anda tentukan.

Contoh web app To Do List menggunakan PHP

Pastikan Anda Mula Menyiapkan Resume Anda Untuk Memohon Kerja Sebagai Progarmmer.

Setelah anda mencapai kedua dua pekara yang aku telah nyatakan itu tadi, maka bermulalah proses anda semua untuk membina resume. Pastikan anda membuat resume yang kemas ringkas dan padat supaya ia dapat menrik minat recruiter untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri anda. Pengalaman aku sebagai recruiter, aku akan terus reject mana mana resume yang asal boleh atau ala kadar sahaja.

Ingat! Resume itu first impression diri anda kepada company!

Jadi, aku harap kamu semua dapat input yang bermanfaat dari posting aku kali ini. Aku doakan semoga kamu semua yang ada keinginan untuk mula belajar programming ini dapat mencapai target dan visi kamu semua untuk meneruskan hidup dan kerjaya di zaman yang darurat ini. Sekian...

Enjoy this post?

Buy ZakrulNizam a coffee

More from ZakrulNizam